Faktor untuk Tarik Buku

Salam. Hai, manusia aneh!

Hari ni aku nak kongsi fasal faktor yang mendorong aku untuk membaca. Macam entri-entri sebelumnya (kalau belum baca SILA BACA), aku ada bagi tahu yang aku memang suka cerita yang pelik, aneh, ganjil dan di luar kotak. At least, pada pendapat aku. Mungkin sebab tu cerpen dan novel yang aku tulis ada unsur-unsur aneh kat situ. Dan kawan-kawan aku cakap aku aneh. Lebih teruk, dia orang kata aku psycho. Salah ke kalau aku minum air kosong letak sudu dalam gelas?

Tapi sebenarnya, konsep sesebuah cerita tu bagi aku hanya salah satu faktor untuk tarik minat aku. Ya, benda pertama yang akan aku lihat masa nak beli buku semestinya blurb. Kalau blurb menarik, aku tengok harga. Kena jaga 'hati' poket aku juga. Tak boleh pentingkan diri. Sifat mazmumah namanya. Kalau harga cantik, aku terus bayar.

Dan perkara yang paling penting bagi aku adalah apabila aku mula membaca. Permulaan cerita sangatlah penting. Aku pernah baca permulaan novel yang tak indah. Hasilnya, aku terus tutup dan bagi pada kawan aku balik (ini novel pinjam). Kalau novel aku beli, aku akan cuba habiskan baca sampai aku dah tak larat. Ada saja novel yang aku beli tapi tak habis baca. Untuk tak menyemakkan rak aku yang sememang kecil selari dengan ketebalan duit dalam kocek, aku biasanya akan sedekah saja. Sekarang pun, dah ramai yang buat program sumbangan buku. Kalau tak silap, JS Adiwarna pun ada buat. Boleh tengok laman web dia orang kalau nak tahu.

Lagi satu perkara penting untuk aku adalah gaya penulisan. Sebenarnya, aku lebih suka penulis tulis secara terang atau dalam bahasa ibunda aku (katanya), straight to the point. Tak perlu selit bunga. Tak perlu selit daun. Penulisan yang mudah seperti aku (tetibe). Mungkin sebab tu aku suka buku kanak-kanak. Belum lagi penulis novel umum Malaysia (yang pernah aku baca) tulis tanpa bunga. Banyak sangat 'bunga' sampai kadang-kadang aku tak nampak 'tanah'. Jadi, ia sangat tak baik untuk kesihatan mata dan mental aku.

Dan akhir sekali, aku tak suka novel meleret. Panjang okey, tapi jangan meleret. Aku tak boleh tahan. Kalau meleret yang menarik, aku layan. Kalau meleret yang 'geleber-geleber', aku boleh sakit hati. Meleret yang menarik tu macam mana? Susah nak diungkapkan (kadang-kadang aku rasa sastera aku agak okey) dengan kata-kata. Well, back to basiclah ya. Semua orang berbeza. Boleh baca entri aku sebelum ni. Walau kita punya minat, pendapat atau even baju (tetibe) yang sama, kita tetap lain. Salah satu keunikan manusia. Jadi, jangan pernah menyesal untuk jadi manusia. Manusia tu sebaik-baik ciptaan. Dan aku tak baik. Jadi, aku tak nak ceramah panjang kat sini supaya aku boleh tidur. Aku boleh rehat. Hidup aku susah. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang dan apa hal pula aku merepek tentang kais ni?!


Selamat malam, manusia aneh! Salam.

0 kongsifacai.:

Post a Comment

Bila korang nak kongsi, korang kongsi. Okey?

 
Bila aku nak kongsi, © 2012 | Designed by Rumah Dijual, in collaboration with Buy Dofollow Links! =) , Lastminutes and Ambien Side Effects
Edited by Dihsar Ludba Haqifa