Yang Pertama-tama


Alahai Jijah! Nama yang tak pernah terlintas pun nak letak. Tapi, oleh kerana panik dan cemas, bagi sajalah nama tu. Tak kisah sangat sebab standard novel pertama - tak matang dan serba serbi kurang.

Alhamdulillah, sudah banyak terima komen yang baik dan kurang baik, tetapi telah diterima secara positif dan membina. Like I said earlier, standard novel pertama (ayat safe gila).

Sebenarnya, manuskrip sudah ditulis lama dulu. Sejak di bangku universiti. Cuma, minat tu kurang dan perangai tak istiqamah memang susah nak ubah. Plus, busy memanjang. Busy tu banyak membawa maksud. Tak perlu diceritakanlah. Nanti ter-buka pekung di dada pulak. Sendiri dapat malu. Padan muka.

Novel ni asalnya nak ditulis habis-habis parody (terima kasih kepada saudara Imaen yang mengajar istilah ini) daripada beberapa cerita dongeng klasik masyarakat Barat. Bukan sebab tak ada idea, cuma memang asalnya nak buat cerita kelakar. Tapi, kadang-kadang parody boleh timbul rasa menyampah kalau tak kena gayanya. At least, for me.

Dah memang perangai tak suka buat plot dan suka tulis sesuka hati membuatkan novel ni di-parody-kan daripada cerita Cinderella sahaja. Mahu tak mahu, teruskan sajalah. Takkan nak berhenti separuh jalan, ye tak? Tapi, sebenarnya memang berhenti separuh jalan pun. Awal tahun ini baru sambung menulis balik. Oh, terbuka pekung di dada pulak. =.="

......

Novel ini berkisah fasal seorang budak berumur 10 tahun yang bernama Jijah ni saja semata-mata. Nama watak dalam cerita ni memang sengaja dipilih begitu. Asyik-asyik nak letak nama-nama yang glamour saja. Okey, sesiapa yang sama namanya dengan nama-nama watak dalam novel ni boleh terima kasih pada saya sekarang. 

Sama-sama.

Jalan cerita dia tak complicated langsung. Memang sengaja nak suruh orang straight to the point. Kalau tak faham juga... erm... boleh tanya pada siapa yang faham. Unsur humour SEDAYA UPAYA disuntik sedikit sebanyak dalam novel ni. Saya cuba kerana saya bukanlah 'pelawok'. Kalau terhibur, alhamdulillah. Kalau tak terhibur, tolong jangan bakar novel saya? T.T

Dah baca ke belum? Kalau belum, boleh beli dan baca. Kalau tak nak beli pun, tak apa. Saya faham. Nama saya susah nak sebut. Saya faham. Nama saya tak pernah ada buku pun sebelum ni. Saya faham. Buat yang dah beli, terutamanya di kalangan kawan-kawan yang baik mahupun kurang baik namun tetap beli kerana kena paksa dan ugut dengan saya, terima kasih banyak-banyak. Tak tahu macam mana nak balas. Kalau ada penulis yang baca entri ni, boleh tolong cadangkan balasan untuk peminat tak? Oh, peringatan keras: saya tak kaya.

Terima kasih juga pada pihak JS Adiwarna (boleh pergi LIKE sekarang) kerana berminat untuk menerbitkan novel saya yang tak seberapa ni di bawah label Si Manis 17 (boleh pergi LIKE sekarang). Terharu! *lap hingus*


Okey bye.

0 kongsifacai.:

Post a Comment

Bila korang nak kongsi, korang kongsi. Okey?

 
Bila aku nak kongsi, © 2012 | Designed by Rumah Dijual, in collaboration with Buy Dofollow Links! =) , Lastminutes and Ambien Side Effects
Edited by Dihsar Ludba Haqifa