Kerana Basikal Biru

Ada masa aku suka gila baca buku. Terbawa sampai ke pagi. Dalam konsol pun ada e-Book, dalam fon ada Word. Bukan apa, ada buku yang tak dijual kat Malaysia. Jadi, aku...

Yang bestnya bila aku baca buku, aku ada kemahuan untuk menulis. Dia macam kau dapat inspirasi nak makan bila tengok iklan McD kat TV. Erm... lebih kuranglah. Lately, aku banyak sangat baca cerita budak-budak. Cerita budak-budak as in watak utamanya budak, bukan cerita budak-budak yang kau tengah fikir sekarang. So dari situlah tercetusnya idea aku untuk tulis novel fasal budak-budak. Lama jugalah aku peram.

Kadang-kadang aku tulis depan TV. Kau rasa banyak mana saja yang aku boleh usahakan depan TV? Jangan harap. Sudahnya, aku tutup laptop. Kadang-kadang aku buka Word serentak dengan game. Kau rasa fokus aku lebih kepada mana?

Satu hari tu, abang Rosdi (orang besar Adiwarna) tanya aku bila boleh siap manuskrip. Aku dah garu kepala. Sebab hanya aku dan Tuhan saja tahu banyak mana yang aku dah tulis. Haha. Tapi, aku tetap cool dengan menjawab, "Oh, dah nak habis dah. Sikit lagi." Jadi, malam tu aku pulun (Google sendiri kalau tak faham) tulis sampai ke pagi. Secara automatik, manuskrip aku dah siap. Macam Mr. Bean cakap, "Magic."

Okey, tak nak bebel panjang. Nilah hasilnya. Kalau nak baca free, boleh tengok kat website Adiwarna (scroll bawah dan jangan malas untuk cari linknya). Tapi bab pertama sajalah. Nak baca full, kena beli. Aku tak dapat nak tolong. Padan muka. :p


*ni cover novel Kerana Basikal Biru. comel kan? macam aku*


Kalau yang dah baca, bolehlah buat review supaya aku tahu mana silap aku untuk aku perbetulkan di masa depan. Insya-Allah aku buat sambungannya. Aku rasa macam nak buat tajuk 'Kerana Budak Mata Bersinar'. Tapi tengoklah... Aku bukan betul sangat.

Babai!


p/s: Terima kasih yang tak terhingga untuk semua warga Adiwarna yang dah susah payah nak terbitkan novel Kerana Basikal Biru dan terima kasih juga kepada warga Jemari Seni yang sudi jual novel ni secara online. Muah! :)

0 kongsifacai.:

Post a Comment

Bila korang nak kongsi, korang kongsi. Okey?

 
Bila aku nak kongsi, © 2012 | Designed by Rumah Dijual, in collaboration with Buy Dofollow Links! =) , Lastminutes and Ambien Side Effects
Edited by Dihsar Ludba Haqifa