Kimia antara Aku dan Si Kucing Jalanan

 Entri ni adalah satu pemberitahuan. Sebenarnya, aku nak tulis cerita orang gila. Tapi tak sampai hati. Tak, tak. Silap. Bukan aku tak sampai hati. Maafkan jari-jari aku. Mereka suka tulis tanpa arahan.

Sebenarnya, aku nak tulis cerita orang gila untuk novel yang seterusnya. Tapi memandangkan aku tak ada pengalaman hidup dengan orang gila, terpaksalah aku sendiri yang jadi gila.

Kamu tahu ke macam mana perasaan orang gila? Kamu belum tahu aku tahu. Setiap individu aku yakin ada sifat gila dia. Walaupun ciput dan tak jelas. Tak macam aku. Baru-baru ni aku ada buat satu perkara dahsyat yang tak pernah aku buat.

Kawan aku pernah cakap aku psiko. Kalau aku nampak kucing melintas, mesti aku cakap nak langgar. Kalau aku nampak pakcik melintas, mesti aku cakap nak langgar. Tapi aku belum pernah langgar apa-apa pun lagi. Orang langgar aku dan cakap aku yang salah adalah. Tak guna.

Pernah satu hari aku terdetik nak pasang spike keliling kereta aku supaya orang yang suka bawa kereta macam haram jadah ni tahu berapa ringgit nak keluarkan kalau kereta bocor. Kawan aku kata kalau aku pasang, aku sendiri akan jadi orang pertama yang mati sebab tercucuk sebelum masuk kereta. Ada logik kat situ.

Satu hari, aku dah on the way balik kerja. Tengah hemat aku memandu, tiba-tiba ada beberapa ekor kucing tengah lepak-lepak atas jalan. Macam sedap saja nak langgar. Tak, tak. Aku mungkin tak pandai buat duit, tapi aku tak kejam. Aku hon saja. Tapi kucing-kucing ni degil kalah kesan minyak kalau kena baju. Sebelum aku bengang, aku buka kunci pintu kereta dan suruh kawan sebelah angkat kucing-kucing jalanan tu ke tepi.

Tak, tak. Bukan tu perkara dahsyat yang aku nak cerita kat sini. Perkara dahsyat tu sebenarnya aku terlayan lagu 'Gentleman' sambil nyanyi ikut lirik yang aku google. Dan aku belum tengok cerita 'KIL'.

Faktor untuk Tarik Buku

Salam. Hai, manusia aneh!

Hari ni aku nak kongsi fasal faktor yang mendorong aku untuk membaca. Macam entri-entri sebelumnya (kalau belum baca SILA BACA), aku ada bagi tahu yang aku memang suka cerita yang pelik, aneh, ganjil dan di luar kotak. At least, pada pendapat aku. Mungkin sebab tu cerpen dan novel yang aku tulis ada unsur-unsur aneh kat situ. Dan kawan-kawan aku cakap aku aneh. Lebih teruk, dia orang kata aku psycho. Salah ke kalau aku minum air kosong letak sudu dalam gelas?

Tapi sebenarnya, konsep sesebuah cerita tu bagi aku hanya salah satu faktor untuk tarik minat aku. Ya, benda pertama yang akan aku lihat masa nak beli buku semestinya blurb. Kalau blurb menarik, aku tengok harga. Kena jaga 'hati' poket aku juga. Tak boleh pentingkan diri. Sifat mazmumah namanya. Kalau harga cantik, aku terus bayar.

Dan perkara yang paling penting bagi aku adalah apabila aku mula membaca. Permulaan cerita sangatlah penting. Aku pernah baca permulaan novel yang tak indah. Hasilnya, aku terus tutup dan bagi pada kawan aku balik (ini novel pinjam). Kalau novel aku beli, aku akan cuba habiskan baca sampai aku dah tak larat. Ada saja novel yang aku beli tapi tak habis baca. Untuk tak menyemakkan rak aku yang sememang kecil selari dengan ketebalan duit dalam kocek, aku biasanya akan sedekah saja. Sekarang pun, dah ramai yang buat program sumbangan buku. Kalau tak silap, JS Adiwarna pun ada buat. Boleh tengok laman web dia orang kalau nak tahu.

Lagi satu perkara penting untuk aku adalah gaya penulisan. Sebenarnya, aku lebih suka penulis tulis secara terang atau dalam bahasa ibunda aku (katanya), straight to the point. Tak perlu selit bunga. Tak perlu selit daun. Penulisan yang mudah seperti aku (tetibe). Mungkin sebab tu aku suka buku kanak-kanak. Belum lagi penulis novel umum Malaysia (yang pernah aku baca) tulis tanpa bunga. Banyak sangat 'bunga' sampai kadang-kadang aku tak nampak 'tanah'. Jadi, ia sangat tak baik untuk kesihatan mata dan mental aku.

Dan akhir sekali, aku tak suka novel meleret. Panjang okey, tapi jangan meleret. Aku tak boleh tahan. Kalau meleret yang menarik, aku layan. Kalau meleret yang 'geleber-geleber', aku boleh sakit hati. Meleret yang menarik tu macam mana? Susah nak diungkapkan (kadang-kadang aku rasa sastera aku agak okey) dengan kata-kata. Well, back to basiclah ya. Semua orang berbeza. Boleh baca entri aku sebelum ni. Walau kita punya minat, pendapat atau even baju (tetibe) yang sama, kita tetap lain. Salah satu keunikan manusia. Jadi, jangan pernah menyesal untuk jadi manusia. Manusia tu sebaik-baik ciptaan. Dan aku tak baik. Jadi, aku tak nak ceramah panjang kat sini supaya aku boleh tidur. Aku boleh rehat. Hidup aku susah. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang dan apa hal pula aku merepek tentang kais ni?!


Selamat malam, manusia aneh! Salam.

 
Bila aku nak kongsi, © 2012 | Designed by Rumah Dijual, in collaboration with Buy Dofollow Links! =) , Lastminutes and Ambien Side Effects
Edited by Dihsar Ludba Haqifa